Thursday, April 14, 2016

Umrahku - Semasa di Madinah

Alhamdulilah, sambungan entry yg lepas.

Sebaik touch down.

1001 perasaan sewaktu melihat tanah di bumi madinah.
 
Airport Madinah ni airport baru. Dalam pesawat, kami telah dimaklumkan proses di airport adakala lama.. sampai 5 jam pun ada. Aku siap2 tapau makanan dalam flight sbb takut menunggu di airport lama.

Sesampainya kami di situ, pihak travel kami menyarankan kami agar berwuduk dan terus solat di tempat solat yg disediakan.

sementara menunggu yg lain solat, ada jemaah yg terus ke kaunter imigresen dan beratur. kami dah siap solat smua.. baru kami beratur. Allah permudahkan. urusan ni kaunter imigresen + beratur panjang mengambil masa 2 jam. Pak Arab yg jaga kaunter tu ramah tamah yg amat. bersembang sesama mereka dan bergurau senda. Sistem mereka agak strict jugak. sudah la diambilnya gambar kami berkeping2. setiap jari kami ni di scannye. hehe.
menunggu giliran diperiksa imigresen
 
Sebaik lepas dari kaunter imigresen, kami terus ke ruang mengambil bagasi. Bas kami sudah menunggu di luar airport.

Saat keluar je dari pintu airport, angin sejuk menerpa muka. aku cepat2 pakaikan Inas sweater. yg dia dah suka sbb cuaca dingin. oh ini lah dia umrah musim sejuk di Madinah. memang sejuk! menurut travel agen kami.. cuaca ketika ini ialah 8c

Dari Madinah Airport ke hotel kami mengambil masa 30 min shj. Aku lihat dari tingkap bus... Madinah ni spt kawasan padang pasir.

Ketika hampir sampai mutawif kami bgtahu.... "Assalamualaikum para tetamu Allah yg dikasihi. Alhamdulilah, kite telah pun sampai di bumi Rasullullah. Madinah. lihat sebelah kanan tetamu Allah, di sebelah kanan itulah Masjid Nabawi.". Seriusly... aku sebak bila disebut mcm tu. bersyukur tak terhingga atas peluang ini.

hati tak sabar2 nak turun dan pergi ke Masjid Nabawi. Kami sampai di hotel jam 9.30 malam dan terus cek in. selesai memasukkan bagasi ke dalam bilik.. kami pun keluar utk beli simkad dan terus ke Masjid Nabawi.

alfayroz shattar hotel kami. dekat je ngan pintu 25 Masjid Nabawi.

 
 
selepas letak beg dalam bilik, salin baju.. pakai jacket dan berjalan ke masjid nabawi. gambar di atas ni di perkarangan masjid nabawi. cuaca pd masa ni sangat sejuk. dengan jacket adidas tu, sejuk terasa sampai ke tulang.
 

pintu masjid nabawi ini ditutup sbb waktu ni dah malam. dah melewatii jam 11.00 malam. cantik bergambar di pintu ni.
 

our first grup foto in madinah.
 
 

 
duduk di dataran masjid nabawi. memang sejuk sampai ke tulang waktu ni.
 

cantik pemandangan malam di sini... tenang...

ini pada hari kedua. selepas kami keluar dari raudah. bagi jemaah wanita yg bawa anak, kami diberi laluan masuk awal bersama mutawif. jadi semasa bersolat di raudah, mutawif wanita tu kepung tempat solat kami. dan semasa di raudah ini juga la berlakunya tolak menolak tu. masing2 berebut nak solat di kawasan raudah di carpet hijau. mujur inas dah memahami waktu tu. dia ikut sahaja tanpa banyak bunyi. hehe. alhamdulilah diberi peluang menunaikan solat 2 rakaat di raudah. alhamdulilah.
 

siang hari di bawah payung masjid nabawi.


matahari memancar namun suhunya dingin. seronok sgt.


walaupun hotel ada sediakan makanan, tapi tetap ingin mencuba menu arab ni


jemaah sebelah berikan biskut utk inas. orang kat sni memang suka memberi.
 



Madinah, Disember 2015

Friday, January 22, 2016

Persediaan Umrah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada tarikh hari ini sebulan yg lalu.. Aku masih di Mekah. Bila mengingatkan eh kejap nye dah sebulan. Terasa baru lagi aku berada di Mekah.

Hasrat utk menunaikan umrah ini telah terlintas di hati kami sejak awal tahun 2015. Oleh itu sepanjang tahun, aku cube utk mengumpul cuti supaya by the end of year.. Kami dapat peluang utk buat umrah.

Percaya atau tak.. Sungguhpun telah berhasrat dari awal tahun.. Namun kami agak lambat memberikan kata putus. Sehingga lah pd akhir ogos.. Baru lah kami betul2 bersedia utk betul2 confirm yg kami akan menunaikan umrah pd hujung tahun ini. Sememangnya kami mmg niat utk bawa Inas bersama. Alhamdulilah dipermudahkan.

Kami pilih utk pergi umrah musim sejuk. Tapi kami langsung tak tahu mcm mana sejuk tu. Adalah dgr2 org cerita sejuk nye mcm aircond shj. Jd kami takde lah risau. Persediaan kami biasa2 je.

Pada bulan november, kami ambil imunisasi dan selesaikan dokumen utk visa. Utk visa, travel agent minta surat nikah, dan sijil imunisasi berserta gambar dan salinan paspot.

Jadi kami pun renew paspot kami yg kebetulan tamat pd mac 2016. Tak cukup 6bulan utk travel. Kami renew di imigresen hentian kajang. Tak ramai org pun. Hanya tgu sejam shj. Dipermudahkan alhamdulilah.

Pd awal disember, pihak agen whatsapp yg visa kami dah ready. Alhamdulilah. Dipermudahkan. Tempoh visa adalah sebulan shj. Penerbangan kami dijadualkan pd 11 Disember 2015 dan kembali pd 21 Disember 2015.

Dua minggu sebelum pergi, kami sempat mengikuti kursus umrah sebanyak 2 kali. Faham lah serba sedikit ilmu mengerjakan ibadah umrah. Di samping tu aku buat sedikit pembacaan pengalaman melalui blog2. Terima kasih banyak2 blogger2. Ada yg menulis sgt terperinci. 

Apa yg aku tulis adalah berdasarkan pengalaman aku. Pengalaman pergi umrah di musim sejuk dan bawa anak perempuan berusia 7 tahun. 

Persiapan umrah.

Persiapan umrah aku ni ala kadar shj. Aku bawa 3 helai mini telekung. Jubah 5 helai. Pakaian dlm secukupnya. Tudung sarung awning lembut 2 helai. Shawl 2 helai. Seluar untuk pakai under jubah, aku bawa 3 helai. Pakaian tdo 2psg. Sepasang kasut jenama bata dan selipar fipper (seriusly selipar ni yg plg byk aku pakai)

Pihak travel agen sediakan name tag, sling beg, tote bag (dipakai utk tujuan pengenalan), hand carry bag, luggage bag dan sarung kasut (sgt2 berguna yg mana aku gunakan sepanjang masa aku di madinah dan mekah).. Pendek kata semua barang yg disediakan oleh travel agen sgt2 berguna. Terima kasih sbb bagi kemudahan yg baik buat kamiii..

Disebabkan kami pergi musim sejuk, aku bawa sehelai jaket adidas. Stokin 4 pasang dan kasut tawaf sepasang.

Utk inas.. Aku bawa tudung 4 helai, jubah 5 helai, stokin 5 pasang, seluar under jubah 5 helai dan beberapa pakaian ikut kesesuaian. Pakaian dalam secukupnya. Tak lupe aku bawakan biskut, coklat dan sedikit makanan ringan utk dia. Dgn harapan dia tak mengadu lapar. Inas juga bawa sehelai jaket. 

11 Disember 2015


Jam 7.30 pagi. Kami gerak ke klia. Kemudian bersarapan di sana. Di klia.. Penuh dgn org nak pergi umrah juga. Tentu2 kami akan naik flight yg sama.

Flight kami malaysia airlines yg disewa khas. Pertama kali musafir dgn jarak penerbangan 9jam. Aku sentiasa berdoa moga perjalanan dan niat ku dipermudahkan. Semasa menunggu perasaan sukar nak digambar. Kesemua kami dlm satu niat iaitu ingin menunaikan umrah.

Dgn lafaz bismillah serta doa musafir yg dibacakan oleh ketua anak kapal, kami mulakan perjalanan kami. 

Sepanjang di udara.. Aku asik2 melihat jam. Tak sabar nak smpai. Inas plak menghabiskan masanya menonton movie dan main game. Husband plak tdo sepanjang perjalanan. Hanya bangun untuk makan.

Aku cube membeli masa dgn membaca buku panduan umrah. Sesekali buka gallery fon tgk gambar2 keluarga yg ditinggalkan. Dlm hati aku, insyaAllah smua nye baik2 shj.
 

Akhirnya, 9jam berlalu. Kapten kapal mengumukan dlm tempoh beberapa minit lg kami akan mendarat di lapangan terbang madinah.. Aku membuka tingkap kapal terbang.. Ya Allah, berdebar lihat padang pasir... Dlm masa yg sama tak sabar nk smpai di hotel utk berehat. Dan pasti paling tak sabar.. Nak menjejak ke masjid nabawi.


Bersambung..

Thursday, January 14, 2016

Salam 2016

Assalamualaikum.

Lamanya aku tak menulis blog. Kekok pula nak mulakan bicara. Aku fikir tahun 2016 ni... aku nak rajin sket menulis di blog. Boleh la aku bahasakan diri aku dalam blog ni dengan kata nama aku ya? sbb rase lebih mesra dan serasi.

Aku nak compilekan 2015 sebenarnya. Azam nak kurus tak tercapai kot. sebab masih gemuk. tak tahu la apa nak jadi. azam nak tambah bilangan keluarga pun belum tercapai. doakan ye. bosan gak rasenya bila asik ditanya soalan bila nak menambah. ketahui lah kawan2 semua.. aku takda jawapan untuk tu. yg ada hanya lah doa. oh ya, dalam pada tu... aku dapat adik ipar baru. hehe... ni event besar gak la dalam family bila adik bujang ku mendirikan masjid. hehe.. sonok la dah lama tak buat kenduri kannn. Alhamdulilah everything berjalan lancar.





2015, inas dah sekolah. Alhamdulilah.. sungguhpun pada awalnya aku agak pening mcm mana nak menguruskan persekolahan dia, akhirnya dipermudahkan juga. semoga Inas selalu baik2 aje di sekolah. segala kerisauan sepanjang dia di sekolah, aku letak tepi. aku doakan semoga Allah sentiasa melindungi inas dan permudahkan segala urusan dia di sekolah.

bercuti... rase nye 2015 aku agak slow pergi bercuti. ada lah pegi jalan2 dekat2 je..  sempat la ke redang, ke bukit merah, ke penang dan melaka...





yang paling utama, 2015 ni hasrat kami untuk menunaikan umrah dipermudahkan.. Alhamdulilah pada 11 Disember yang lalu kami dapat menjejakkan kaki ke Madinah dan seterusnya ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. memang kami berniat sebelum umur 40 kami dapat menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulilah dimakbulkan.

InsyaAllah, aku akan tulis pengalaman umrah tu di blog ni nanti.

Salam 2016!
 

 

Saturday, October 03, 2015

Penang Street Art

Ha, ni la aktiviti kami kat georgetown.

Saje je jalan2 hunting street art ni. sepanjang jalan dri KL ke Penang ni, google la kat mana lokasi street art ni. masa google tu baru la tau, yg lukisan ni bukan nye dekat2. rupenya banyak area di sekitar bandar georgetown tu.

So sesampai di hotel kami pun google lagi. Plan takde la nak smua lukisan2 tu. Kite cari yg famous2 je k. malas nak berjalan pun iye.

Kami parking kat depan balai bomba pastu jalan kaki pi carik lukisan2 ni. kirenya mula nya dekat Lebuh Chulia.

dekat Lebih Chulia ni la gambo Children on the swing ni. memang aim nak g sni. nasib ada sorang tourist cina tu tunjukkan. thanks leng loi!


ha.. waktu ni agak2 kul bape? kul 9.00 pagi. takde orang masa ni. hehe.. tak yah rebut2 nak posing.. suka..

ni minion mengintai dekat2 ngan lukisan buai tu. comelll hehe. Inas suka.



jalan depan sket, jumpe karikatur ukir dri besi ni. comel gak.


jalan depan lagi sket... jumpe yg ini. hehe. excited ok. Inas kalau nampak terus jerit2. ibu2. sana tu ada. haa. sebijik mcm treasure hunt. tapi hati2 tau masa amik gambo ni. gambo ni tepi jalan. motor kete lalu lalang. careful with your child. inas tu kalau dah excited tau2 dah ke tengah jalan. bahaya tauuu.


ok, habis dah kot lukisan yg dekat2 sni. huhu..

kite melintas pegi jalan depan dia sket. Lebuh Ah que tak silap aku nama nye. Nak cari gambo Bruce Lee terajang kucing tu...

Lukisan Bruce Lee ni hampir pudar. kami dua kali lalu baru nampak. haa teruk tak? hehehe. ni aksi tak nak kalah babah Inas. Inas tu protege. dia ikut je mentor dia buat apa. huhu.



berhampiran dengan lukisan bruce lee ni...  Lukisan Children on The Bike. yg ni famous gak ni. selalu nampak org posing kat sni.... Pintu kayu uzur tu buat lukisan ni tambah cantik. ha masa sampai kat lukisan ni dah ramai tourist!!! Ramai mcm satu bus mcm tu. tapi nasib baik kami sampai dlu. dapat la posing2.

 
depan lukisan naik moto ni ada plak lukisan pemain bola no. 27 . hehe Hubby amik gamboooo.


 
haa.. inas excited nampak minion lagi



 
Inas dah kepenatan. dah malas nak posing


 


 
saya suka sangat design2 kedai kat sekitar georgetown. ni utk dijual plak. dah buat lawa2.

Friday, October 02, 2015

Review The Royal Bintang Penang

dah beberapa kali ke penang tapi takde kesempatan nak berjalan-jalan sekitar bandar georgetown. so cuti sekolah kali ni dapat lah luang kan sedikit masa pusing georgetown sesambil pergi majlis perkahwinan teacher inas di sg. petani.

kami tak buat apa2 perancangan pun. dri rumah jam 8.00 pagi.. terus straight ke sg. petani. tak stop mana2 perhentian pun. lebih kurang jam 12.30 tghari kami sampai sg. petani. alhamdulilah traffic clear. selepas makan2 lauk kenduri kami straight ke georgetown. sempat google otw tu. nak tgk mana hotel yg available. try call royal bintang. so kita trus je ke The Royale Bintang Penang memandangkan ada bilik yg available dan rate dia pun ok.

masuk je check in, surprise sgt bilik dia comfortable sgt. dan cantik! rase berbaloi dgn rate dia.




 
staf hotel ni pun ramah tamah. pendek kata kami satisfied sepanjang stay kat situ. oh lupe. ada jakuzi pool jugak. inas cukup suka.
 
parking kete bertingkat pun disediakan. tau je la georgetown tu kan sibuk. payah nak parking. nasib hotel sediakan parking.
 
kami kat georgetown ni takde plan nak berjalan sgt. cume nak pusing2 bandar georgetown ni di samping nak cari lukisan street art je.



Monday, September 14, 2015

IKEA Hemnes shoe cabinet

ingat tak saya pergi ke IKEA tempoh hari? Jalan-jalan ke IKEA

saya ada beli shoe cabinet. rimas rase tengok kabinet kasut dan kotak kasut bersusun dekat area tangga tu. saya ni jenis kalau beli kasut, saya sayang nak buang kotak kasut tu. jadinya. makin la semak ruang kasut2 tu.

awalnya, saya nak tempah kabinet kasut ni. tp dari hari ke hari mcm berat hati je nak panggil kontraktor. last2 saya request la IKEA HEMNES shoe cabinet ni. comey pun comey.

Kalau beli satu memang tak cukup. so saya beli dua. satu kabinet tu boleh letak anggaran 12 kasut lelaki. kalau kasut perempuan boleh letak 16 pasang.

nah, ini lah rupe kabinet nye. hehe. siap bertingkat......
ruang paling atas tu boleh letak stokin... sukaa sangat!

 
nak tengok tak gambar sebelum ada shoe kabinet?

nah.... huhu. sket lagi mcm kedai bundle.